Mana penting M'sia atau Jho Low, soal Rais

Mana penting M'sia atau Jho Low, soal Rais - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mana penting M'sia atau Jho Low, soal Rais, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mana penting M'sia atau Jho Low, soal Rais
Link Artikel/Video : Mana penting M'sia atau Jho Low, soal Rais

Baca juga


Mana penting M'sia atau Jho Low, soal Rais

Tiada yang pelik dengan tindakan membangkitkan isu 1MDB dan rampasan kapal layar mewah Equanimity baru-baru ini, kata Penasihat Sosiobudaya kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, beliau menjelaskan tindakannya itu - yang mendapat kecaman daripada sejumlah pemimpin Umno - tidak lebih sekadar menjalankan tugasnya sebagai penasihat.

Rais yang sebelum ini banyak mengutarakan soal budaya dan bahasa - dua bidang yang amat dekat dengan dirinya - mengundang perhatian selepas menegur Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak yang menurutnya terlalu cepat menafikan kaitan Equanimity dengan individu utama dalam skandal 1MDB, Jho Low.

Susulan itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkannya sebagai berdendam dengan kerajaan manakala Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz menggesanya meletakkan jawatan.

Menganggap skandal 1MDB sebagai "polemik nasional" yang telah memalukan negara, Rais berkata beliau sedia mempertahankan kritikannya.