Mat Sabu malu mengaku rakyat Malaysia

Mat Sabu malu mengaku rakyat Malaysia - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mat Sabu malu mengaku rakyat Malaysia, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mat Sabu malu mengaku rakyat Malaysia
Link Artikel/Video : Mat Sabu malu mengaku rakyat Malaysia

Baca juga


Mat Sabu malu mengaku rakyat Malaysia

GEORGETOWN – Presiden Amanah, Mohamad Sabu secara terbuka mengajak orang ramai mengaku sebagai rakyat negara lain sekiranya berada di luar negara.

Beliau berkata, perkara itu kerana Malaysia sering mendapat kecaman hebat daripada negara luar akibat daripada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kalau pergi luar negara, bagi tahu mereka kami dari Singapura. Kalau yang Melayu itu (bagi tahu) kami dari Brunei.

“Sebab di Indonesia sekarang akhbar, televisyen dan radio hari-hari melaporkan isu ini, termasuk CNBC," katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis Sambutan 10 Tahun Kerajaan Pakatan Pulau Pinang di Padang Kota Lama, di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan.

Sumber SinarHarian