‘Mereka meraba, gesel tubuh’

‘Mereka meraba, gesel tubuh’ - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk ‘Mereka meraba, gesel tubuh’, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : ‘Mereka meraba, gesel tubuh’
Link Artikel/Video : ‘Mereka meraba, gesel tubuh’

Baca juga


‘Mereka meraba, gesel tubuh’

 
 Provided by Media Prima DARI kiri; Ummu Sharik Hamzan, Fatin Athirah dan Nurul Eyniatasya.

KUALA LUMPUR: “Saya penat menghalau lelaki warga asing ‘miang’ yang gemar menceroboh koc wanita. Malangnya mereka cukup keras kepala dan degil.”

Ummu Sharik Hamzan Kamar, 23, berkata keadaan itu sering dialami setiap kali setiap kali dia menggunakan khidmat komuter dari stesen KL Sentral ke Seremban, Negeri Sembilan.

“Mereka tidak menghormati pengguna lain, terutama wanita. Ada yang akan beralih ke koc lain sebaik ditegur, namun ada juga yang pura-pura tak dengar,” katanya ketika ditemui.

Penuntut, Fatin Athirah Mohd Zarus, 21, berkata, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu mengambil tindakan bagi mengelak pencerobohan lelaki warga asing ke koc wanita terus berulang.

Beliau berkata. lelaki warga asing itu bukan hanya merampas tempat duduk milik penumpang wanita, malah turut mengambil kesempatan meraba atau sengaja menggesel tubuh pada penumpang wanita.

Sementara itu, Nurul Eyniatasya Mohamed, 21 berkata, perbuatan lelaki warga asing itu menyebabkan ada penumpang warga emas dan wanita hamil terpaksa berdiri.

KTMB memperkenalkan Koc Wanita bagi perkhidmatan tren KTM Komuter pada April 2010, bertujuan memberi keselesaan dan meningkatkan keselamatan pengguna wanita.

Sumber : © New Straits Times Press (M) Bhd