Hanya bendera PKR boleh dikibar ketika kempen, kata SPR

Hanya bendera PKR boleh dikibar ketika kempen, kata SPR - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Hanya bendera PKR boleh dikibar ketika kempen, kata SPR, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Hanya bendera PKR boleh dikibar ketika kempen, kata SPR
Link Artikel/Video : Hanya bendera PKR boleh dikibar ketika kempen, kata SPR

Baca juga


Hanya bendera PKR boleh dikibar ketika kempen, kata SPR

Kempen PRU ke-14 akan datang bakal menyaksikan "pertembungan dua biru" antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ia selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata hanya parti yang bertanding dibenarkan menaikkan bendera ketika tempoh kempen.

Semalam, HARAPAN mengesahkan calon daripada semua empat parti komponennya akan menggunakan logo PKR pada PRU akan datang.

"Jika mereka (calon) bertanding atas nama PKR, maka (bendera) PKR (sahaja boleh digunakan)," kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media hari ini.

Namun beliau berkata bidang kuasa SPR berhubung salah laku pilihan raya - termasuk menurunkan bendera atau bahan kempen yang tidak sesuai - hanya bermula selepas hari penamaan calon.

"Sebaik saja kita tahu siapa calon dan parti mana yang bertanding (di suatu kawasan), barulah kita mengambil tindakan terhadap mana-mana parti yang tidak bertanding di kawasan itu," katanya lagi.

Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengumumkan semua calon daripada gabungan itu akan menggunakan logo biru muda PKR pada PRU ke-14 nanti.