“Kereta Total Lost. Memang laju betul..Al-fatihah” – Dua Maut Kereta Rempuh Pokok

“Kereta Total Lost. Memang laju betul..Al-fatihah” – Dua Maut Kereta Rempuh Pokok - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk “Kereta Total Lost. Memang laju betul..Al-fatihah” – Dua Maut Kereta Rempuh Pokok, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : “Kereta Total Lost. Memang laju betul..Al-fatihah” – Dua Maut Kereta Rempuh Pokok
Link Artikel/Video : “Kereta Total Lost. Memang laju betul..Al-fatihah” – Dua Maut Kereta Rempuh Pokok

Baca juga


“Kereta Total Lost. Memang laju betul..Al-fatihah” – Dua Maut Kereta Rempuh Pokok


DUA maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok di Persiaran Tujuan USJ 11 dari arah USJ 4 ke arah Persiaran Kewajipan di Subang Jaya, awal pagi hari ini.

Dalam kemalangan 5.21 pagi itu, mangsa, Muhammad Eimran Mohd Yusof dan Nur Nabilah Zulkifly, kedua-duanya berusia 22 tahun maut di tempat kejadian.

Muhammad Eimran yang berasal dari Subang Jaya dilaporkan cedera pada kepala dan badan manakala Nur Nabilah yang berasal dari Semerah, Batu Pahat, Johor meninggal dunia akibat parah di muka dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, pemandu kereta Perodua Myvi itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas dan merempuh pokok di sebelah kiri jalan.

“Kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

“Kami mohon sekiranya ada pihak yang menyaksikan kemalangan ini untuk tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan masih diteruskan bagi memastikan punca sebenar kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mahu menyalurkan sebarang maklumat berhubung kemalangan itu, boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nasser Peping di talian 03-78627222

SUMBER METRo