Dah beratur nak mengundi, tiba-tiba ...

Dah beratur nak mengundi, tiba-tiba ... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dah beratur nak mengundi, tiba-tiba ..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dah beratur nak mengundi, tiba-tiba ...
Link Artikel/Video : Dah beratur nak mengundi, tiba-tiba ...

Baca juga


Dah beratur nak mengundi, tiba-tiba ...


GEORGE TOWN: Seorang pengundi dari Air Itam Pulau Pinang membuat laporan polis hari ini selepas mendakwa beliau tidak dapat mengundi kerana namanya telah digunakan oleh orang lain untuk mengundi.

Penjaga Setor  yang mahu dikenali sebagai Goh, 41  membuat laporan itu di Balai Polis Air Itam, disini selepas gagal membuang undi di pusat mengundi di Sekolah Rendah jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min  Pusat , Air Itam.

Dalam laporan itu, Goh berkata, dia telah datang untuk membuang undi pada jam 8.30 pagi tadi .

Bagaimanapun sewaktu di kaunter semakan ,dia terkejut apabila dimaklumkan pegawai Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR) bahawa dia telah pun mengundi sedangkan beliau sendiri  masih lagi beratur dan menunggu giliran untuk mengundi.

Menurut Goh, dia  mengesyaki ada pihak telah menggunakan identitinya dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Goh berkata, sebelum ini dia kehilangan kad pengenalan selepas rumahnya  terbakar beberapa bulan lepas  dan telah pun mempunyai kad pengenalan baharu selepas kejadian itu.

Awani