'Kalau jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi' - Syed Saddiq

'Kalau jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi' - Syed Saddiq - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Kalau jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi' - Syed Saddiq, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Kalau jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi' - Syed Saddiq
Link Artikel/Video : 'Kalau jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi' - Syed Saddiq

Baca juga


'Kalau jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi' - Syed Saddiq


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara individu yang memberikan maklum balas terhadap berita tular mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang ditegur oleh seorang pemanggil di talian dikenali sebagai Azrul berhubung penampilannya.

Syed Saddiq menerusi laman Instagram menzahirkan perasaan sinis beliau dengan berkongsi sekeping gambarnya bersama Nurul Izzah dengan menulis kapsyen menyatakan sekiranya beliau berjumpa dengan pemilik suara itu (Azrul), beliau memintanya memakai cawat besi di mata.

"Saya beritahu @n_izzah, kalau saya jumpa si Azrul tu saya suruh dia pakai cawat besi di mata. On a more serious note, I admire your strength, patience and perseverence YB. Sexism is real and threatens the moral fabric of our society. Speak up and fight it my fellow Malaysians," tulis Syed Saddiq pada kapsyen di  gambar tersebut.

Berdasarkan tulisan tersebut, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkenaan dilihat tidak menyenangi  insiden terhadap Nurul Izzah itu yang tular dan menjadi topik perbualan netizen di laman sosial.

BACA: Isu Nurul Izzah: Da'i Wan pula bersuara

Ia berkaitan insiden seorang pemanggil yang menegur cara pemakaian tudung Nurul Izzah  secara live dalam sebuah program pada 22 Mei lalu.

Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Azrul telah menegur cara pemakaian tudung ahli politik wanita berkenaan.

Sedutan pendek yang menunjukkan teguran berbaur sensitif itu kemudian tular di media sosial. Tindakan lelaki itu nyata mengundang kemarahan orang ramai terutamanya golongan lelaki.

Ada yang menyifatkan ia sebagai satu gangguan seksual.

Dari status yang sama, Syed Saddiq turut menzahirkan perasaan kagumnya terhadap kekuatan, kesabaran dan ketabahan Nurul Izzah berdepan dengan situasi tersebut.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu juga, Syed Saddiq sempat berpesan bahawa seksisme adalah nyata dan mengancam moral masyarakat kita.

Sumber AWANI