Kembalikan wang UMNO - Zahid

Kembalikan wang UMNO - Zahid - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kembalikan wang UMNO - Zahid, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kembalikan wang UMNO - Zahid
Link Artikel/Video : Kembalikan wang UMNO - Zahid

Baca juga


Kembalikan wang UMNO - Zahid


UMNO meminta polis memulangkan baki sumbangan kempen dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dirampas pihak berkuasa terbabit.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dana itu amat diperlukan dalam proses UMNO membina semula parti.

“Adalah dukacita dimaklumkan bahawa baki sumbangan kempen dan dana parti dirampas oleh pihak polis semasa dalam proses ia dipindahkan kepada kepemimpinan baru UMNO selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Pembiayaan politik dibenarkan di bawah undang-undang kita. Oleh itu, UMNO berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana serta mengembalikannya kepada parti selepas selesai proses dan penyelidikan oleh pihak berkuasa yang relevan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, secara umum, Presiden UMNO bertanggungjawab mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk parti, termasuk dana bagi pilihan raya umum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti.

“Hal ini tidak berbeza dengan mantan Presiden kita iaitu Datuk Seri Najib Razak yang mendapatkan sumbangan kempen sebelum PRU-14 dan menguruskan dana parti kita.

“Semasa mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden, beliau juga menyerahkan RM1.2 billion kepada parti dan 3 juta ahli.

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis berhubung keselamatan diri dan keluarganya.

Dalam laporan itu, beliau turut mendakwa wang tunai yang dirampas dalam beberapa serbuan termasuk di kediaman peribadinya di ibu negara adalah wang sumbangan untuk kegunaan kempen pilihan raya.

Sumber HMETRO