'Keputusan tamatkan kontrak 17,000 pegawai lantikan politik adalah satu kezaliman' - Puad Zarkashi

'Keputusan tamatkan kontrak 17,000 pegawai lantikan politik adalah satu kezaliman' - Puad Zarkashi - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Keputusan tamatkan kontrak 17,000 pegawai lantikan politik adalah satu kezaliman' - Puad Zarkashi, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Keputusan tamatkan kontrak 17,000 pegawai lantikan politik adalah satu kezaliman' - Puad Zarkashi
Link Artikel/Video : 'Keputusan tamatkan kontrak 17,000 pegawai lantikan politik adalah satu kezaliman' - Puad Zarkashi

Baca juga


'Keputusan tamatkan kontrak 17,000 pegawai lantikan politik adalah satu kezaliman' - Puad Zarkashi


Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi menyifatkan tindakan kerajaan baharu yang menamatkan semua kontrak pegawai kerajaan lantikan politik sebagai satu kezaliman, lapor MalaysiaKini.  

Puad berkata, perkara itu menyebabkan 17,000 pegawai yang terlibat hilang pekerjaan di saat umat Islam menyambut bulan ramadhan dan bakal menyambut bulan Syawal tidak lama lagi, sekali gus menjadi mangsa pertama dalam pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan. 

"Dikatakan lebih 17,000 orang pegawai kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka. Kenapa ini berlaku? Tentu mereka yang terlibat amat sedih kerana kehilangan pekerjaan di saat umat Islam akan menyambut bulan Syawal tidak lama lagi.
"Ini ada kaitan dengan penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Janji Kerajaan Pakatan untuk hapuskan GST mesti ditunaikan. Apabila GST dihapuskan, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM42 bilion. 

"Justeru, kerajaan mesti melakukan langkah penjimatan. Maka pekerja kontrak seramai 17,000 itu menjadi mangsa pertamanya," dakwa Puad. 

Terdahulu, Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang telah menang dalam PRU14 mengesahkan akan memansuhkan cukai GST dan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka. 

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan mengumumkan, mulai 1 Jun akan datang, kadar GST yang sebelum ini ditetapkan kepada 6% akan ditetapkan pada kadar sifar buat sementara waktu sebelum SST diperkenalkan semula. 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini juga ada memaklumkan kerajaan pada masa ini mempunyai lebihan pekerja kontrak termasuk 17,000 jawatan lantikan politik yang perlu ditamatkan semua bagi tujuan penjimatan. 

Sementara itu di media sosial, menurut netizen yang membuat kiraan kasar bagi kos yang perlu ditanggung kerajaan jika kontrak 17,000 pegawai lantikan politik ini diteruskan, dengan mengambil contoh kiraan purata gaji setiap pegawai RM3,000, kerajaan terpaksa menanggung beban lebih kurang RM51 juta sebulan.

Sumber TR