Pengerusi Tabung Haji letak jawatan

Pengerusi Tabung Haji letak jawatan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pengerusi Tabung Haji letak jawatan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pengerusi Tabung Haji letak jawatan
Link Artikel/Video : Pengerusi Tabung Haji letak jawatan

Baca juga


Pengerusi Tabung Haji letak jawatan


Anggota parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji.

Katanya, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan itu pada 14 Mei lalu, lapor The Star Online.

“Saya dilantik oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri, jadi peletakan jawatan saya juga pada menteri yang bertanggungjawab.

“Setakat yang saya tahu saya telah letak jawatan.

"Ia bagaimanapun masih kira tidak rasmi kerana menteri masih belum dilantik,” beliau dipetik sebagai berkata.

Lembaga Tabung Haji sebelum ini diletakkan bawah portfolio menteri agama di JPM. Bagaimanapun, bawah kerajaan baru, struktur itu masih belum jelas.

Kerajaan baru telah melantik 13 menteri dan selebihnya, lagi 12, dijangka dibuat tidak lama lagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu hartanah dikaitkan dengan Azeez di Subang Jaya, Selangor dan Kedah.

Sekitar RM500,000 wang tunai dan barang kemas dirampas.

Sumber MKINI