"Rosak mood saya hendak mengundi..." - Diva AA sergah pegawai SPR

"Rosak mood saya hendak mengundi..." - Diva AA sergah pegawai SPR - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk "Rosak mood saya hendak mengundi..." - Diva AA sergah pegawai SPR, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : "Rosak mood saya hendak mengundi..." - Diva AA sergah pegawai SPR
Link Artikel/Video : "Rosak mood saya hendak mengundi..." - Diva AA sergah pegawai SPR

Baca juga


"Rosak mood saya hendak mengundi..." - Diva AA sergah pegawai SPR


KUALA LUMPUR: Selebriti kontroversi, Azwan Ali atau Diva AA berang apabila pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersilap meletakkan label pada peti undi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)di pusat pengundian Sekolah Rendah Kebangsaan Klang Gate Baru, Setapak.

Menurut calon bebas DUN Bukit Antarabangsa itu, dia menyedarinya ketika mahu membuang undi di saluran 2, pusat mengundi berkenaan pada Rabu.

“Saya seorang yang sangat profesional. Walaupun tidak pernah bekerja dengan SPR, saya tahu warna oren itu untuk Parlimen dan kuning untuk DUN.

“Tiba-tiba masa hendak mengundi tadi saya tengok tag bagi DUN itu dilabel dengan warna oren,” ujarnya kepada mStar Online.

Selain itu, Azwan turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memeriksa semula kejadian sebegini yang dianggap mampu menggugat ketelusan serta memalukan pihak SPR.

“Ini bukan kesalahan biasa-biasa. Kotak pun boleh salah label.

“Sudah berapa tahun kami menunggu untuk mengundi, tiba-tiba jadi perkara sebegini. Rosak mood saya hendak mengundi.

“SPR sepatutnya lebih berhati-hati dan peka dengan kerja mereka. Hanya kerana perkara sebegini, SPR akan dihentam rakyat, katanya.

Azwan selesai mengundi di pusat mengundi berkenaan di pada pukul 8.17 pagi, Rabu.

Selain Azwan yang menentang abangnya Azmin bagi merebut kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tiga lagi calon adalah Syarifah Hazlizah (PAS) Salwa Yunus (BN) dan Ahmad Kamarudin (PRM).

Sumber MSTAR