Semua gambar barangan rampasan palsu, lihat pendedahan terkini DS Amar Singh!

Semua gambar barangan rampasan palsu, lihat pendedahan terkini DS Amar Singh! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Semua gambar barangan rampasan palsu, lihat pendedahan terkini DS Amar Singh!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Semua gambar barangan rampasan palsu, lihat pendedahan terkini DS Amar Singh!
Link Artikel/Video : Semua gambar barangan rampasan palsu, lihat pendedahan terkini DS Amar Singh!

Baca juga


Semua gambar barangan rampasan palsu, lihat pendedahan terkini DS Amar Singh!

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa masyarakat tidak mempercayai gambar yang tular dikaitkan dengan rampasan di Pavilion Residences, Bukit Bintang, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, semua gambar tersebut adalah palsu.

“Sebagai contoh, semalam ada akhbar memberi gambar jumlah pengiraan wang dan anggaran nilai barang kemas dirampas. Ada juga gambar barang kes kononnya jam tangan dan barang kemas dirampas, serta gambar ketika proses pengiraan wang.

“Semuanya adalah palsu, tiada satu pun yang benar. Ini kerana semasa pemeriksaan, pegawai dari JSJK Bukit Aman telah diarahkan agar tiada seorang pun yang boleh membawa telefon bimbit,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurut Amar Singh, penularan gambar tersebut perlu dihentikan kerana boleh menjejaskan siasatan polis dan perbicaraan sekiranya ada kelak.

Dalam pada itu, Amar Singh sekali lagi menegaskan polis telah menjalankan siasatan secara profesional terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya dan keluarga beliau.

“Sebelum kita buat pemeriksaan, saya dah tegaskan kepada semua pegawai tidak boleh ambil gambar guna telefon bimbit. Mereka juga diingatkan untuk kendalikan pemeriksaan dengan profesional kerana ia dilakukan ke atas kediaman bekas perdana menteri dan keluarganya,” katanya.

Mengenai dakwaan Najib bahawa kasut bayi turut dirampas di kediaman anaknya, Amar Singh berkata, pihak berkenaan boleh mengemukakan representasi.

“Pihak yang dirampas boleh buat representasi kepada kita bahawa barangan itu dibeli menggunakan wang beliau. Setelah semuanya selesai, kita akan pulangkan barangan,” katanya.

Sumber Sinar