(Video) Ustaz melambung dirempuh kereta

(Video) Ustaz melambung dirempuh kereta - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk (Video) Ustaz melambung dirempuh kereta, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : (Video) Ustaz melambung dirempuh kereta
Link Artikel/Video : (Video) Ustaz melambung dirempuh kereta

Baca juga


(Video) Ustaz melambung dirempuh kereta


Viral di media sosial video seorang penunggang motosikal dirempuh oleh sebuah kereta yang memasuki jalan bertentangan. 

Dalam kejadian petang semalam, mangsa, Mohd Asri Mokhtar yang sedang menunggang motosikal dalam perjalanan untuk membeli air kelapa untuk juadah berbuka, dirempuh sebuah kereta yang masuk ke jalan bertentangan. 

Kemalangan itu menyebabkan mangsa melambung sebelum terhempas ke atas jalan raya, manakala motosikalnya rosak akibat rempuhan itu. 


Sebuah lagi kereta turut menjadi mangsa kemalangan itu apabila bahagian kanan kereta tersebut dirempuh sehingga menyebabkan pemandunya hilang kawalan. 
Abang mangsa, Zahari Mokhtar, yang memuat naik gambar dan video kejadian itu meminta warga Facebook mendoakan keselamatan adiknya yang kini dirawat di Hospital Kubang Kerian. 

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, mangsa cedera di kedua-dua belah tangan. 

"Kepada semua warga Facebook, ambo mohon doa keselamatan untuk adik ambo Ustaz Mohd Asri Mokhtar, yang terlibat dalam kemalangan sebelum berbuka puasa tadi (petang semalam). 

"Beliau dilanggar oleh kereta yang memasuki jalan yang salah. Semoga adik saya dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini," tulisnya.