2 pegawai kanan polis Tindakan Khas ditahan, lebih RM1 juta ditemui!

2 pegawai kanan polis Tindakan Khas ditahan, lebih RM1 juta ditemui! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 2 pegawai kanan polis Tindakan Khas ditahan, lebih RM1 juta ditemui!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 2 pegawai kanan polis Tindakan Khas ditahan, lebih RM1 juta ditemui!
Link Artikel/Video : 2 pegawai kanan polis Tindakan Khas ditahan, lebih RM1 juta ditemui!

Baca juga


2 pegawai kanan polis Tindakan Khas ditahan, lebih RM1 juta ditemui!


KUALA LUMPUR: Dua pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah bengkel kereta di Subang Jaya, semalam.

Pegawai yang berkhidmat di bahagian Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, itu masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan.

Sumber SPRM berkata, kedua-dua suspek berada di lokasi bersama seorang awam ketika serbuan dilakukan.

"Pemeriksaan menemui wang berjumlah RM341,000 di kedai berkenaan.

"Pegawai SPRM kemudian membawa kedua-dua lelaki itu ke sebuah kondominium milik seorang daripada suspek dan menemui wang tunai anggaran RM400,000 hingga RM700,00," katanya kepada NSTP, hari ini.

Sumber berkata, kedua-dua pegawai polis berkenaan kemudian dibawa ke pejabat STAGG di Pusat Latihan (PULAPOL) Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

"Pemeriksaan di pejabat berkenaan menemui wang dianggarkan lebih RM225,000.

"Pemeriksaan dan serbuan selesai kira-kira jam 6.40 petang dan kedua-dua pegawai kanan polis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Sumber BH