Tajuk : Akhirnya Penyimpan Mohor Raja Raja Bersuara Isu Peguam Negara
Link Artikel/Video : Akhirnya Penyimpan Mohor Raja Raja Bersuara Isu Peguam Negara
Akhirnya Penyimpan Mohor Raja Raja Bersuara Isu Peguam Negara
KUALA LUMPUR: Raja Melayu dijangka mengadakan perbincangan khas mengenai jawatan peguam negara, Selasa ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata warkah persilaan untuk perbincangan khas di Istana Negara itu sudah dikeluarkan pada 1 Jun kepada semua raja Melayu.
Syed Danial berkata, ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan peguam negara sedia ada serta calon penggantinya.
“Raja-raja Melayu mengikuti perkembangan ini (jawatan peguam negara) dan merasakan ada tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini,” katanya.
Menurut kenyataan itu, di bawah Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan: “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat perdana menteri melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai peguam negara bagi persekutuan.
Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan: “…Peguam negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saranan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong”.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya digantikan peguam cara negara, berkuat kuasa serta-merta.
Dr Mahathir berkata, Apandi diberikan cuti kerana ada beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Sumber FMT
Dalam satu kenyataan hari ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata warkah persilaan untuk perbincangan khas di Istana Negara itu sudah dikeluarkan pada 1 Jun kepada semua raja Melayu.
Syed Danial berkata, ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan peguam negara sedia ada serta calon penggantinya.
![]() |
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad |