Ambil alih negara tidak sihat, Muhyiddin akui sukar penuhi manifesto 100 hari

Ambil alih negara tidak sihat, Muhyiddin akui sukar penuhi manifesto 100 hari - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ambil alih negara tidak sihat, Muhyiddin akui sukar penuhi manifesto 100 hari, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ambil alih negara tidak sihat, Muhyiddin akui sukar penuhi manifesto 100 hari
Link Artikel/Video : Ambil alih negara tidak sihat, Muhyiddin akui sukar penuhi manifesto 100 hari

Baca juga


Ambil alih negara tidak sihat, Muhyiddin akui sukar penuhi manifesto 100 hari

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat bersabar dan memberi masa kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengotakan janji dalam manifesto mereka.

Pengerusi PPBM itu berkata, PH mengambil alih kerajaan dalam keadaan negara tidak sihat sehingga menyukarkan pelaksanaan manifesto mereka dalam tempoh 100 hari.

“Beban tugas kerajaan hari ini amat besar. Kita perlu mengembalikan keyakinan masyarakat dunia. Ini memerlukan komitmen besar.

“Saya harap masyarakat Malaysia sabar sedikit. Mungkin banyak yang kita janjikan dalam manifesto dan masyarakat harap tindakan dilakukan dalam tempoh segera. Pastinya boleh dilakukan kalau ia mudah.

“Tetapi, kita ambil alih pentadbiran dalam keadaan tidak sihat. Kita perlu bersabar sedikit,” katanya di Masjid Saidina Hamzah, Taman Batu Muda di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, cabaran kerajaan hari ini adalah mengembalikan kegemilangan Malaysia yang pernah menjadi negara gah di mata dunia suatu ketika dahulu.

“Kita tahu cabaran kita amat besar. Negara kita harus berkembang dan menjadi contoh. Malaysia pernah menjadi contoh dan ikutan umat Islam di negara lain.

“Cuma beberapa tahun kemudiannya ada isu dan masalah yang merundum akibat penyalahgunaan kuasa dan perlakuan mungkar, sedikit sebanyak beri kesan dan jejaskan imej Malaysia. Bukan sahaja dari negara Islam, tapi seluruh dunia.”

Sementara itu, Muhyiddin berkata, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dan meneliti akta yang dipercayai melanggar hak asasi manusia.

“Jawatankuasa itu sudah diputuskan, ini saya putuskan dalam mesyuarat pasca Kabinet minggu lepas, yang mana saya minta ketua setiausaha (KSU) kementerian bersama pegawai tertinggi meneliti aspek perundangan.

“Kerana ia termasuk dalam janji PH, iaitu mana-mana undang-undang yang dianggap ada elemen kezaliman, ketidakadilan, penindasan yang dianggap melanggar hak asasi manusia, kita akan kaji secara mendalam.”

Katanya, antara akta yang akan dikaji semula ialah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948, hukuman gantung sampai mati, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).

Beliau berkata, tiada tempoh ditetapkan untuk jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat pertamanya kerana sekarang hanya pengerusi yang baru dilantik, iaitu KSU.

“Ini saya belum pasti, tetapi mereka sudah menyusun apa-apa perkara yang mereka hendak lakukan, terutamanya maklum balas yang mereka terima dari beberapa pihak.”

Sumber FMT