Aset peribadi MB bernilai lebih RM800,000

Aset peribadi MB bernilai lebih RM800,000 - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Aset peribadi MB bernilai lebih RM800,000, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Aset peribadi MB bernilai lebih RM800,000
Link Artikel/Video : Aset peribadi MB bernilai lebih RM800,000

Baca juga


Aset peribadi MB bernilai lebih RM800,000


SEREMBAN - Menteri Besar, Aminuddin Harun mengisytiharkan memiliki aset peribadi bernilai RM877,660.

Pengisytiharan tersebut telah dibuat dan ditandatangani melalui satu perakuan sumpah di bawah Akta Akuan Harta Berkanun 1960 di depan Peseruhjaya Sumpah antara 28 September 2017 hingga 13 Mac 2018.

Dalam perakuan sumpah pengisytiharan berkenaan, Aminuddin telah bersumpah tidak pernah menyalah guna kuasa, mengkayakan diri, isteri dan anak-anaknya.

Di samping itu, beliau turut menjelaskan jawatan, status perkahwinan dan jumlah anaknya.

Perakuan pengisytiharan berkenaan telah dimuat naik dalam laman web Invoke Malaysia.

Turut dilampirkan senarai aset yang dimilikinya berserta jumlah, tahun dan cara perolehannya.

Aminuddin yang juga Adun Sikamat sejak tahun 2013 berkata, beliau mempunyai simpanan RM165,000 dan pelaburan RM65,460.

Beliau turut menyatakan memiliki dua bidang tanah di Chuah bernilai RM490,000 yang mana satu dibeli manakala satu lagi diwarisi daripada ibunya.

Aminuddin turut menyatakan memiliki sebidang lagi tanah berserta kediaman bernilai RM150,000 di Senawang yang dibeli bersama isterinya pada tahun 1995.

Tanah berkenaan diperoleh melalui pembelian peribadi, pembelian bersama isteri  dan warisan daripada ibunya.

Dalam perakuan sumpah pengisytiharan berkenaan, Aminuddin turut menjelaskan hanya memiliki sebuah kereta jenis Proton Ixora yang dibeli pada tahun 2009.

Dalam pada itu, katanya, beliau masih lagi membayar pinjaman bank bernilai RM8,500 untuk keretanya itu.

Terdahulu, Aminuddin berkata, semua Exco Kerajaan Negeri wajib mengisytiharkan aset mereka dalam tempoh sebulan.

Katanya, keputusan mengenai perkara berkenaan dicapai pada mesyuarat Exco Rabu lalu.

"Pengisytiharan harta itu penting untuk rakyat memastikan kerajaan negeri telus melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan ditetapkan.

"Pengisytiharan sejajar dengan apa yang kita janjikan dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya.

Sumber Sinar