Tajuk : Dah Agak! Giliran Muhyiddin Bersuara Isu Lantikan Peguam Negara Bukan Melayu
Link Artikel/Video : Dah Agak! Giliran Muhyiddin Bersuara Isu Lantikan Peguam Negara Bukan Melayu
Dah Agak! Giliran Muhyiddin Bersuara Isu Lantikan Peguam Negara Bukan Melayu
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau tidak menjangkakan isu pelantikan peguam negara akan bertukar menjadi krisis, sambil berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu melihat segala bentuk kerjasama antara semua pihak yang terlibat dapat selesaikannya.
“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan kedua pihak iaitu perdana menteri, kerajaan dan pihak istana.
“Saya dimaklumakn ada mesyuarat Majlis Raja-Raja dan mungkin itu boleh bantu dari segi selesaikan,” katanya kepada wartawan selepas lawatan rasmi ke ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini.
Bantahan timbul selepas pakar perundangan Tommy Thomas dilaporkan dipilih sebagai pengganti Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang diarahkan kerajaan mengambil cuti tanpa rekod selama 30 hari.
Beberapa laporan menyebut raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong menolak Tommy atas dasar latar belakang bangsa dan agama.
Majlis Raja-raja dilaporkan akan mengadakan perbincangan khas mengenai jawatan peguam negara di Istana Negara esok.
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan PH sedang berusaha menyelesaikan isu pelantikan peguam negara baru dan memberi jaminan lantikan itu akan dibuat berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin berkata pihaknya memberikan sokongan padu kepada Dr Mahathir membabitkan isu peguam negara kerana ia merupakan salah satu langkah penting “untuk menentukan proses penguatkuasaan undang-undang dan lain-lain lagi dapat dilaksanakan”.
“Kalau itu dapat diatasi sebaiknya bersandarkan pertimbangan bijaksana dan juga mengikut peruntukan yang ada dalam perlembagaan, saya tak fikir ia akan jadi isu yg berlarutan yang tak dapat diselesaikan.
“Jadi kita minta agar dapat segera diselesaikan,” katanya.
Sumber FMT