Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan

Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan
Link Artikel/Video : Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan

Baca juga


Dua syarikat gergasi sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan


IPOH: Dua syarikat terkemuka negara – Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Bhd – mengambil inisiatif menyumbangkan sebanyak RM1 juta secara keseluruhan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata sumbangan kedua-dua syarikat tersebut merupakan penyumbang terbesar setakat ini di Perak.

Spritzer, syarikat pengeluar air mineral paling popular di Malaysia, dan Yee Lee, pengeluar produk harian seperti minyak masak cap Helang dan barang penjagaan gigi jenama Morning Kiss, masing-masing menyumbang RM500,000.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan menyeru mana-mana pihak lain yang berkeupayaan untuk tampil memberikan sokongan terhadap tabung tersebut.

Ketika ditanya sekiranya beliau akan menyeru rakan-rakan daripada Pakatan Harapan untuk menyumbang gaji dan wang ringgit seperti yang dilakukan beliau dan ADUN Kepayang, Dr Ko Chung Sen sebelum ini, Kor Ming berkata beliau tidak memaksa mana-mana individu kerana nilai sumbangan bukanlah ukuran.

Katanya, paling penting, kempen Tabung Harapan ini berjaya memupuk kesedaran dan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kor Ming juga mengingatkan setiap sumbangan yang diberikan akan dikecualikan daripada cukai.

Sementara itu, Pengarah Kajian dan Penyelidikan (R&D) Spritzer, Dr Chuan Chaw Teo, berkata mereka bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada pihak yang mampu menyumbang kepada negara.

"Kami berbesar hati kerana dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan, kami harap peranan kecil yang kami mainkan ini boleh menggalakkan pihak lain untuk berbuat sama," katanya pada majlis penyerahan cek di Ibu Pejabat DAP Perak di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Spritzer, Lam Sang, Ketua Pegawai Eksekutif Yee Lee, Lim Ee Young dan Pengarah Eksekutifnya, Francis Chok Yin Fat.

Sumber Awani