Tajuk : Mat Sabu terima sambutan luar biasa di Singapura
Link Artikel/Video : Mat Sabu terima sambutan luar biasa di Singapura
Mat Sabu terima sambutan luar biasa di Singapura
SINGAPURA - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu tidak menjangka masyarakat umum di Singapura turut mengikuti perkembangan politik di Malaysia.
Bernama difahamkan bahawa ketika kunjungan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, ke Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat, beliau dikerumuni jemaah yang terdiri daripada rakyat tempatan dan asing untuk merakam gambar bersamanya.
“Saya tidak menjangkakan sambutan sebegini. Saya tidak sangka mereka mengikuti perkembangan politik tanah air kita,” kata Presiden Parti Amanah Negara iaitu satu daripada empat parti komponen Pakatan Harapan (PH) ketika ditanya tentang sambutan luar jangkaan itu.
Mat Sabu tiba di republik itu sejak Jumaat lalu bagi menghadiri Dialog Shangri La (SLD) edisi ke-17 yang sedang berlangsung di sini.
Beliau merupakan menteri Kabinet Malaysia yang baharu selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada awal bulan lepas. - Bernama
Sumber Kosmo