Menang tanpa bertanding, ini komen mengejutkan anak Najib!

Menang tanpa bertanding, ini komen mengejutkan anak Najib! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Menang tanpa bertanding, ini komen mengejutkan anak Najib!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Menang tanpa bertanding, ini komen mengejutkan anak Najib!
Link Artikel/Video : Menang tanpa bertanding, ini komen mengejutkan anak Najib!

Baca juga


Menang tanpa bertanding, ini komen mengejutkan anak Najib!


Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nizar dipilih menjadi Ketua Pemuda Umno Pekan setelah menang tanpa bertanding pada Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian itu di sini hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Shahruddin Ahmad yang melebihi had umur kelayakan.

Mengulas pemilihannya, Mohd Nizar, 40 berazam untuk membangkitkan kembali parti.

“Saya lihat sokongan dan semangat juang pemimpin Umno masih kuat dan tidak terhenti… Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pekan hari ini juga menyaksikan dewan ini penuh dihadiri anggota parti.

“Mereka begitu komited dan membuktikan parti Umno masih relevan apa yang perlu dilakukan kini ialah membuang sikap angkuh, politik wang serta segala yang negatif selain cuba memenangi kembali hati anak muda,” katanya ketika berucap pada persidangan itu lapor Bernama.

Nizar Najib bekerja dalam syarikat Deloitte & Co, firma audit bagi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Pada tahun 2015 Deloitte dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara – PAC dalam sebahagian daripada siasatan syarikat sarat hutang itu dan Nizar sudah bekerja sejak 2004.

Sumber MR