Nama tujuh calon Presiden Umno tersebar

Nama tujuh calon Presiden Umno tersebar - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Nama tujuh calon Presiden Umno tersebar, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Nama tujuh calon Presiden Umno tersebar
Link Artikel/Video : Nama tujuh calon Presiden Umno tersebar

Baca juga


Nama tujuh calon Presiden Umno tersebar


KUALA LUMPUR – Meskipun empat daripada tujuh calon yang bertarung merebut jawatan Presiden Umno masih lagi dirahsiakan namun senarai penuh tujuh calon yang berentap untuk posisi nombor satu parti Melayu itu telah tersebar.

Umum maklum tiga nama besar yang tampil menawarkan diri untuk bersaing dalam pemilihan Umno 2018-2021 ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun, dalam senarai calon Presiden Umno yang tersebar di media sosial empat lagi nama yang dikemukakan ialah  Rahmat Azim Abdul Aziz, Rosile Saat, Mohd Yusof  Musa @ Jamaludin dan Mohamed Iqbal Maricair.

Pada sidang media hari ini, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, senarai penuh nama calon yang akan bertanding hanya akan diumumkan esok oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ab Rauf bagaimanapun hanya mengesahkan nama tiga calon Presiden Umno iaitu Ahmad Zahid, Tengku Razaleigh dan Khairy Jamaluddin sahaja.

Petang tadi, Khairy Jamaluddin membuat kejutan saat akhir  apabila menarik balik borang pencalonannya sebagai Naib Presiden Umno dan mengemukakan borang pencalonan sebagai Presiden Umno.

Sumber Sinar