Pemuda Lari Sekatan Polis, Maut Kemalangan Selepas Buat Pusingan U

Pemuda Lari Sekatan Polis, Maut Kemalangan Selepas Buat Pusingan U - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pemuda Lari Sekatan Polis, Maut Kemalangan Selepas Buat Pusingan U, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pemuda Lari Sekatan Polis, Maut Kemalangan Selepas Buat Pusingan U
Link Artikel/Video : Pemuda Lari Sekatan Polis, Maut Kemalangan Selepas Buat Pusingan U

Baca juga


Pemuda Lari Sekatan Polis, Maut Kemalangan Selepas Buat Pusingan U


RAWANG – Gara-gara panik selepas ternampak sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis, seorang lelaki yang menunggang motosikal bertindak membuat pusingan-U sebelum menunggang melawan arus di Kilometer 19 Kuala Lumpur-Ipoh.

Namun nasibnya malang apabila tindakannya itu mengundang padah selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lagi motosikal sebelum kedua-dua penunggang itu terjatuh ke atas jalan.

Mangsa yang berusia 23 tahun itu, kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak sempat mengelak.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha secara berkumpulan bersama rakannya yang lain, dipercayai dalam perjalanan beraya dari Kuala Selangor ke Kajang.

Manakala seorang lagi penunggang motosikal yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. – Awani

Sumber ST