Pinjam RM37.5 juta untuk beraya

Pinjam RM37.5 juta untuk beraya - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pinjam RM37.5 juta untuk beraya, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pinjam RM37.5 juta untuk beraya
Link Artikel/Video : Pinjam RM37.5 juta untuk beraya

Baca juga


Pinjam RM37.5 juta untuk beraya


KUALA LUMPUR – Trend segelintir rakyat Malaysia yang mahu berbelanja mewah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri begitu membimbangkan apabila mereka sanggup membuat pinjaman peribadi sehingga lebih RM37.5 juta tahun ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa syarikat pemberi pinjam wang (PPW) berlesen mendapati jumlah permohonan pinjaman yang diterima oleh kebanyakan syarikat PPW khusus untuk menyambut Aidilfitri meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Rata-rata tujuan pinjaman itu dibuat untuk digunakan membeli kelengkapan hari raya dan belanja pulang ke kampung.

Lebih parah lagi, ada dalam kalangan peminjam menggunakan wang pinjaman itu untuk membeli kereta dan motosikal baharu.

Menurut Naib Presiden Persatuan Pemberi Pinjam Wang Berlesen Punjabi Malaysia, Amrinderjit Singh, kira-kira 1,500 PPW berlesen di seluruh negara meluluskan lebih 7,500 permohonan baharu kebanyakannya untuk pinjaman Aidilfitri.

Jelas beliau, secara purata setiap permohonan pinjaman wang itu berjumlah RM5,000 setiap seorang dengan nilai keseluruhan lebih RM37.5 juta. Bagaimanapun, ada juga pe­langgan yang meminjam lebih RM10,000 bergantung kepada keupayaan kewangan.

“Kebiasaannya syarikat PPW menerima sekitar 10 orang pelanggan setiap bulan, bagaimanapun untuk sambutan Aidilfitri kami menerima sekurang-kurangnya lima pe­langgan baharu yang mahu menggunakan wang itu untuk belanja raya.

“Pada Aidilfitri kali ini kita anggarkan sekurang-kurangnya RM37.5 juta dipinjam daripada 1,500 syarikat PPW seluruh negara. Nilai itu mungkin lebih kera­na jumlah sebenar PPW berlesen dianggarkan lebih 3,000 syarikat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Katanya, jumlah pinjaman yang diberikan oleh pelanggan dinilai mengikut kelayakan masing-ma­sing dengan kadar faedah sekitar 12 hingga 18 peratus setahun, manakala tempoh bayaran balik selama dua tahun bagi mengelakkan mereka terbeban.

“Tidak dinafikan masih ramai yang mencari alternatif lain untuk meminjam iaitu pergi kepada ah long kerana prosedur pinjaman lebih mudah dan jumlah wang lebih banyak.

“Orang ramai keliru antara ah long dengan PPW. Melalui PPW, pelanggan dilindungi me­lalui Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemberi Pinjaman Wang Berlesen Malaysia, R.C. Veeraseelan berkata, kebanyakan permohonan untuk pinjaman raya diterima daripada individu yang bekerja di sektor swasta.

Sumber Kosmo