Tajuk : Remaja lelaki mengaku bersalah hantar mesej lucah kepada guru
Link Artikel/Video : Remaja lelaki mengaku bersalah hantar mesej lucah kepada guru
Remaja lelaki mengaku bersalah hantar mesej lucah kepada guru
SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas pertuduhan menghantar kiriman mesej lucah kepada seorang guru sekolah melalui aplikasi WhatsApp, 2 Jun lalu.
Tertuduh berusia 18 tahun yang bekerja sebagai agen bas pelancongan itu membuat pengakuan tersebut selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rihaida Rafie.
Mengikut pertuduhan, semasa kejadian remaja tersebut masih berusia 17 tahun telah menghantar kiriman mesej lucah dan jelek secara sedar kepada seorang guru wanita sebuah sekolah berusia 37 tahun.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah sekolah menengah di dalam kawasan daerah Petaling pukul 1.52 petang pada 2 Jun lalu.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.
Difahamkan, perbuatan tertuduh itu didorong atas sikap tidak puas hatinya terhadap guru terbabit yang enggan menggunakan perkhidmatan bas pelancongan tempatnya bekerja untuk aktiviti lawatan sekolah.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rizal Azani Zainal Adzam kemudiannya menawarkan jaminan RM5,000 berserta seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang hadir dengan memakai baju T dan seluar berwarna coklat lusuh dalam prosiding hari ini memohon dikurangkan berikutan mempunyai 24 adik-beradik (termasuk adik-beradik tiri), keluarga berpendapatan sederhana serta ayah merupakan pesara kerajaan dengan berpendapatan RM800 sebulan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM3,000 beserta seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 2 Julai depan.
Sumber- K! ONLINE