'Sana sini menjerit minta tolong'

'Sana sini menjerit minta tolong' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Sana sini menjerit minta tolong', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Sana sini menjerit minta tolong'
Link Artikel/Video : 'Sana sini menjerit minta tolong'

Baca juga


'Sana sini menjerit minta tolong'


GOMBAK: "Jeritan penumpang meminta tolong kedengaran sebaik kami memasuki bas."

Komander Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kolonel PA Lokman Hakim Abdul Rahman, adalah antara anggota penyelamat terawal tiba di lokasi nahas membabitkan sebuah bas ekspres yang terbalik selepas merempuh pembahagi jalan di Kilometer 33.5, Lebuhraya Karak menghala ibu kota, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, seorang penumpang maut akibat kecederaan parah manakala dua penumpang tersepit.

Difahamkan, 10 penumpang dan pemandu bas cedera ringan.

Lokman berkata, anggota APM bergegas membantu mengeluarkan mangsa tersepit dan cedera.

"Bas itu dinaiki 42 penumpang dan dalam perjalanan ke ibu negara.

"Seorang mangsa dilihat tersepit di tempat duduk belakang pemandu bas. Usaha mengeluarkannya berdepan kesukaran berikutan mangsa tersepit di bawah kerusi," katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Selayang dengan ambulans.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 6.34 petang.

"Sebuah jentera bomba dan satu kenderaan Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (ERMS) digerakkan ke lokasi bagi operasi menyelamat mangsa.

"Bas berkenaan dipercayai melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber BH