Tajuk : Saya bertanggungjawab kes Jamal berjaya lari - Muhyiddin
Link Artikel/Video : Saya bertanggungjawab kes Jamal berjaya lari - Muhyiddin
Saya bertanggungjawab kes Jamal berjaya lari - Muhyiddin
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau bertanggungjawab atas dakwaan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos yang kini dikehendaki polis telah terlepas melarikan diri ke Indonesia.
"Semua jabatan (keselamatan) berada di bawah saya, lebih-lebih lagi kerana itu, saya fikir saya bertanggungjawab (Jamal lolos)," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.
Jamal melarikan diri sejak minggu lepas selepas polis mengeluarkan waran tangkap untuknya. Beliau juga disenaraihitamkan Jabatan Imigresen.
Apabila ditanya bagaimana Jamal meninggalkan negara ini walaupun selepas disenarai-hitamkan, Muhyiddin berkata beliau juga tidak sedar hal berkenaan.
"Saya tidak tahu, kita akan melihat semua perkara itu. Saya juga hairan seperti kamu."Mungkin ada isu kecuaian atau pengurusan yang tidak cekap dalam hal ini yang saya tidak puas hati," jawabnya sambil memaklumkan beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk memburu Jamal.
Muhyiddin mengadakan sidang akhbar tersebut selepas hadir taklimat di Jabatan Imigresen yang diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali.
Bagaimanapun, Mustafar menafikankan Jamal telah meninggalkan negara ini melalui saluran sah sempadan negara.
"Kami tidak tahu.
"Kalau dia lalu pintu masuk yang sah, kita memang boleh kesan," kata beliau kepada pemberita.
Sumber MK