SPRM Serbu DBKL Hari Ini, Tengok Apa Mereka Rampas!

SPRM Serbu DBKL Hari Ini, Tengok Apa Mereka Rampas! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk SPRM Serbu DBKL Hari Ini, Tengok Apa Mereka Rampas!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : SPRM Serbu DBKL Hari Ini, Tengok Apa Mereka Rampas!
Link Artikel/Video : SPRM Serbu DBKL Hari Ini, Tengok Apa Mereka Rampas!

Baca juga


SPRM Serbu DBKL Hari Ini, Tengok Apa Mereka Rampas!


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai dokumen disyaki ada kaitan dengan penjualan 64 lot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dianggarkan bernilai RM4.28 bilion, hari ini.

Semua dokumen itu disita susulan pemeriksaan sepasukan lima pegawai dan anggota SPRM di bangunan Menara 1 DBKL di sini, bermula jam 10.30 pagi tadi.

Sumber memberitahu, SPRM sudah pun memulakan siasatan berhubung kes berkenaan sejak bulan lalu dan tindakan menyita dokumen itu sebagai tindakan susulan daripada siasatan yang mereka jalankan.

"Antara dokumen yang disita itu diambil daripada Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL. Semua dokumen berkenaan dibawa balik ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan selanjutnya," kata sumber.
ANGGOTA SPRM menyita pelbagai dokumen disyaki ada kaitan dengan penjualan 64 lot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dianggarkan bernilai RM4.28 bilion, hari ini. - Foto BERNAMA



Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Pada 16 Mei lalu, Pakatan Harapan membuat satu laporan kepada SPRM Wilayah Persekutuan berhubung penjualan 64 lot tanah milik DBKL membabitkan keluasan 171.7 hektar di antara 2014 dan 2018.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, berkata pengurusan tertinggi sebuah yayasan yang terbabit dalam pembelian tanah itu perlu disiasat SPRM berhubung peranannya dalam penjualan tanah berkenaan.

"Sekiranya lot tanah berkenaan digunakan untuk pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), ia perlu diteruskan jika pembinaan sudah bermula, hampir siap dan sudah siap.

"Bagaimanapun, jika projek belum bermula ia perlu dihentikan serta merta untuk membolehkan SPRM melakukan siasatan," katanya.

Sumber BH