Suami isteri cemas, anak terperangkap dalam kereta

Suami isteri cemas, anak terperangkap dalam kereta - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Suami isteri cemas, anak terperangkap dalam kereta, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Suami isteri cemas, anak terperangkap dalam kereta
Link Artikel/Video : Suami isteri cemas, anak terperangkap dalam kereta

Baca juga


Suami isteri cemas, anak terperangkap dalam kereta


KUALA SELANGOR - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila anak perempuan mereka berusia dua tahun terperangkap dalam kereta kira-kira 15 minit di Jalan Tok Sulaiman, dekat Jeram, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an tersebut dikatakan meninggalkan anak mereka sendirian di dalam kereta Proton Persona dan mengambil barangan lain di dalam rumah.

Bagaimanapun, kereta yang dihidupkan enjin serta penghawa dingin itu terkunci dan pasangan tersebut yang panik telah bertindak menghubungi anggota bomba untuk mendapatkan bantuan.

Difahamkan, pasangan tersebut mahu menziarahi keluarga terdekat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Pegawai Bomba Ismayudin Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian itu pada pukul 12.39 tengah hari.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera FRT bergegas ke tempat kejadian.

"Sampai di tempat kejadian, kanak-kanak itu masih terperangkap dalam kereta berkenaan.

"Dengan menggunakan peralatan khas, anggota bomba berjaya membuka pintu kenderaan terbabit dalam tempoh dua minit," katanya.

Katanya, kanak-kanak itu kemudiannya dikeluarkan dan diserahkan kepada keluarganya. - K! ONLINE