Wahid Tampil Jelaskan Isu Letak Jawatan Pengerusi PNB.. Rupanya Ini Hal Sebenar!

Wahid Tampil Jelaskan Isu Letak Jawatan Pengerusi PNB.. Rupanya Ini Hal Sebenar! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Wahid Tampil Jelaskan Isu Letak Jawatan Pengerusi PNB.. Rupanya Ini Hal Sebenar!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Wahid Tampil Jelaskan Isu Letak Jawatan Pengerusi PNB.. Rupanya Ini Hal Sebenar!
Link Artikel/Video : Wahid Tampil Jelaskan Isu Letak Jawatan Pengerusi PNB.. Rupanya Ini Hal Sebenar!

Baca juga


Wahid Tampil Jelaskan Isu Letak Jawatan Pengerusi PNB.. Rupanya Ini Hal Sebenar!

KUALA LUMPUR – Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar bersedia melepaskan posisinya sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) mahu beliau berbuat demikian.

Katanya, kesediaan beliau mengosongkan kedudukan itu bukanlah akibat tekanan dari mana-mana pihak.

“Tidak ada sebarang perbincangan antara saya dan kerajaan mengenai kedudukan ini, tetapi adalah menjadi hak kerajaan baharu untuk menggantikan Pengerusi PNB.

“Jawatan ini adalah perkhidmatan kerajaan, Pengerusi PNB menggalas tanggungjawab besar iaitu menjaga 13.4 juta pemegang unit,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Wahid, tidak keberatan sekiranya kerajaan menginginkannya untuk kekal menerajui PNB.

“Namun, jika situasi sebaliknya, saya berbesar hati untuk meneruskannya.

“Kerana penting untuk Pengerusi PNB untuk mendapat kepercayaan daripada pimpinan baharu,” jelasnya.

Dalam pada itu, untuk tempoh sementara waktu ini, beliau akan terus mempengerusikan PNB dan Sime Darby Property dengan tenaga dan objektif yang sama.

Terdahulu, sebelum ini timbul spekulasi Abdul Wahid bakal meninggalkan PNB tercetus sejak PRU14, 9 Mei lalu.

Dua hari sebelum PRU14, beliau telah mengeluarkan kenyataan mengenai mengapa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) harus dikekalkan dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) adalah bersifat regresif.

Sumber SH