Tajuk : Keke Challenge. Lama Berdiam, Akhirnya JPJ Beri AMARAN!
Link Artikel/Video : Keke Challenge. Lama Berdiam, Akhirnya JPJ Beri AMARAN!
Keke Challenge. Lama Berdiam, Akhirnya JPJ Beri AMARAN!
BUKIT KAYU HITAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan orang ramai yang sengaja memberhentikan kenderaan untuk melakukan tarian 'Keke Challenge' di kawasan jalan raya.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata pihaknya akan melihat pada kerangka undang-undang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap orang ramai, terutama anak muda yang ghairah melakukan tarian itu sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
"Perbuatan demikian sudah tentu tidak dibenarkan dan sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang, termasuk membahayakan pengguna jalan raya lain, kita akan ambil tindakan.
"Malah, bukan kita sahaja, pihak polis trafik juga akan mengeluarkan saman kepada mereka yang melakukan aksi berkenaan sehingga melanggar undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan dan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam, di sini, hari ini.
Sebelum ini, viral di media sosial di seluruh dunia termasuk Malaysia, yang mana ramai orang begitu ghairah untuk melakukan gerak tari yang dinamakan 'Keke Challenge'.
Tarian itu memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak, seterusnya menari mengikut alunan lagu, 'In My Feelings' yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Amerika Syarikat, Drake.
Malah, tarian yang dicetuskan oleh pelawak, Shiggy itu kini menjadi ikutan apabila rakaman video yang dimuat naiknya meraih lebih lima juta tontonan dalam tempoh singkat.
Selain itu, selebriti seperti Will Smith dan Ciara turut meniru aksinya.
Kegilaan baharu yang viral di media sosial itu bukan hanya popular di luar negara, malah ramai artis tempatan turut menunjukkan aksi mereka dalam pelbagai gaya.
Sumber BH