Tajuk : Kulasegaran perlu berundur jadi menteri - MPM
Link Artikel/Video : Kulasegaran perlu berundur jadi menteri - MPM
Kulasegaran perlu berundur jadi menteri - MPM
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) menasihatkan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, berundur daripada jawatannya jika tidak mahu dilabelkan sebagai menteri rasis.
Setiausaha Agung MPM, Datuk Prof Dr Hasan Mad, berkata tindakan Ahli Parlimen Ipoh Barat daripada DAP itu memalukan kerajaan dan membayangkan seolah-olah kerajaan Pakatan Harapan (PH) begitu jahil dengan sejarah negara.
"Tindakannya juga memalukan masyarakat dan pemimpin keturunan India di negara ini yang ribuan tahun dulu sudah sebati mengasimilasikan diri mereka dengan budaya kita rakyat Malaysia.
"Saya pasti masyarakat keturunan India juga kecewa dengan tindakan Kulasegaran. Beliau kini ibarat seekor kerbau membawa lumpur, semua kerbau yang lain terpalit sama," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Hasan berkata, MPM mengesyorkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana dengan sengaja menyemarakkan sentimen kebencian antara kaum, terutama di antara Melayu dengan India.
"Selagi beliau (Kulasegaran) terus memegang jawatannya sebagai menteri, selagi itulah kerajaan PH akan terus dicela rakyat.
"MPM tidak memilih bulu. Jika pemimpin Melayu dalam kerajaan mengeluarkan kenyataan sama, mereka akan terima nasib sama," katanya.
Hasan mendakwa, Kulasegaran beranggapan kenyataannya yang mengatakan Melayu kaum pendatang dan kaum India penduduk asal Tanah Melayu pada satu majlis agama Hindu di Nilai, Negeri Sembilan, minggu lalu, akan selesai hanya dengan permohonan maaf.
"Ternyata beliau silap, kenyataan maaf hanyalah perkataan," katanya.
Sumber BH