Lelaki kecewa wajah 'hias' kotak rokok

Lelaki kecewa wajah 'hias' kotak rokok - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lelaki kecewa wajah 'hias' kotak rokok, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lelaki kecewa wajah 'hias' kotak rokok
Link Artikel/Video : Lelaki kecewa wajah 'hias' kotak rokok

Baca juga


Lelaki kecewa wajah 'hias' kotak rokok

KUNINGAN - INDONESIA. Seorang lelaki di Jawa Barat menuntut penjelasan pemerintah apabila wajahnya digunakan sebagai gambar amaran merokok pada kotak rokok.

Dadang Mulya dari Desa Pancalang, berkata beliau kesal apabila gambarnya digunakan tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa Indonesia dan perkara itu hanya disedarinya apabila ia mula tular di media sosial.

“Rakan-rakan dan orang kampung datang ke rumah memaklumkan perkara ini. Wajah saya dirakam pada 2012 ketika sedang menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Namun, baru sekarang gambar saya muncul di beberapa kotak produk rokok terkenal,” katanya.

Susulan itu, Dadang telah membuat laporan polis kerana berasa malu dan terhina akibat perbuatan berkenaan.

Pada 2013, Presiden Indonesia menandatangani peraturan yang memerlukan kotak rokok menggunakan imej amaran dan bahayanya merokok serta mengharamkan penggunaan istilah ‘sederhana’ atau ‘ringan’ berhubung produk tembakau.

Ia bagaimanapun mendapat tentangan dari kumpulan peladang dan syarikat tembakau. - Sindonews
Sumber SH