Tajuk : Melayu Pendatang? Kulasegaran Akhirnya Tampil Beri Penjelasan!
Link Artikel/Video : Melayu Pendatang? Kulasegaran Akhirnya Tampil Beri Penjelasan!
Melayu Pendatang? Kulasegaran Akhirnya Tampil Beri Penjelasan!
KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran menafikan dakwaan mengatakan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu adalah pendatang, manakala orang India sebagai penduduk asal Tanah Melayu.
Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Ipoh Barat itu menegaskan kenyataan beliau sengaja diputar belit oleh pihak tertentu dengan mengabaikan latar atau konteks yang sebenar.
Beliau berkata, fitnah terhadapnya ini sengaja dibuat untuk meniupkan isu perkauman, rasis dan propaganda terhadap sejarah Malaysia.
"Saya hadir di satu majlis agama Hindu di Nilai, Negeri Sembilan minggu lalu dan mengemukakan pandangan saya yang antara lain menjelaskan bahawa kita tidak sepatutnya tuduh-menuduh dengan menggelar seseorang atau kaum sebagai pendatang kerana kita sama-sama berkongsi kehidupan di Malaysia.
"Dalam majlis berbahasa Tamil itu, saya tidak menyebut sama sekali mengenai orang Melayu. Sudah tentu tuduhan kononnya saya mengatakan orang Melayu adalah pendatang satu fitnah dan pembohongan semata-mata.
"Apa yang saya jelaskan dalam majlis itu adalah orang India sudah berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu. Hindu dibawa oleh orang India ke Tanah Melayu. Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutama penemuan Sungai Batu di Kedah membuktikan hal ini," katanya.
Kenyataan itu dimuatnaik di Facebooknya semalam bagi memperjelaskan dan seterusnya menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa Melayu adalah golongan pendatang di negara ini dan penduduk asal adalah penganut agama Hindu.
Beliau yang dipetik dalam laporan itu sebagai berkata, semua bukti mengenai kedatangan Hindu terdapat di Lembah Bujang, Kedah dengan penemuan banyak kuil di kawasan itu.
Laporan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan itu dibuat berdasarkan rakaman video dimuat naik dalam YouTube baru-baru ini dan ketika itu Kulasegaran memberi ucapan dalam bahasa Tamil.
Mengulas lanjut Kulasegaran berkata, tidak adil jika orang India digelar sebagai pendatang berdasarkan faktor sejarah itu.
Ini kerana, katanya, Hindu adalah agama awal yang dianuti penduduk tempatan di Tanah Melayu dan nusantara sebelum berkembang kepada ajaran Buddha dan sehinggalah Islam dibawa ke rantau ini dan menjadi popular pada abad ke-15.
"Transmigrasi pula adalah proses semula jadi yang berlaku di seluruh dunia. Pelbagai kaum saling berhijrah ke merata dunia mengikut keperluan dan suasana semasa. Begitu juga dengan Tanah Melayu, Malaysia, India, China dan banyak lagi.
"Semua ini adalah fakta sejarah. Jadi, apa yang saya mahu tekankan ialah sejarah patut diajar dengan fakta yang benar, tepat dan lengkap. Ini penting supaya setiap warga Malaysia tahu sejarah kita sendiri," katanya.
Sumber BH