Rakyat semakin marah kepada kerajaan - Najib

Rakyat semakin marah kepada kerajaan - Najib - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rakyat semakin marah kepada kerajaan - Najib, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rakyat semakin marah kepada kerajaan - Najib
Link Artikel/Video : Rakyat semakin marah kepada kerajaan - Najib

Baca juga


Rakyat semakin marah kepada kerajaan - Najib

SHAH ALAM: Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pagi tadi, menjadi bukti kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang mula mengancam kesucian Islam dan hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata himpunan itu juga menjadi petanda sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) semakin merosot.

"Umat Islam dan orang Melayu terkesan dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita, terutama selepas 9 Mei lalu, yang mana mengancam kedudukan dan masa depan agama Islam serta kedudukan orang Melayu.

"Rakyat dengan sendirinya bangkit dan menunjukkan kemarahan bahawa perkara ini amat tidak disenangi oleh mereka. Ini juga menjadi petanda sokongan kepada PH semakin menurun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di Kampung Jalan Kebun di sini, sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam.

Mengulas mengenai kehadiran bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim pada perhimpunan itu, Najib berkata, Rais sebagai pejuang bahasa, sememangnya perlu menunjukkan bantahan secara terbuka.

"Sebagai pejuang bahasa dan berdasarkan pada Perlembagaan negara, kredibiliti beliau akan dipersoalkan jika tidak hadir dan menyuarakan bantahan secara terbuka," katanya.

Sumber BH