Tergamak bunuh ibu

Tergamak bunuh ibu - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tergamak bunuh ibu, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tergamak bunuh ibu
Link Artikel/Video : Tergamak bunuh ibu

Baca juga


Tergamak bunuh ibu

LELAKI ditahan selepas disyaki membunuh ibunya sendiri yang berusia 91 tahun di rumah di flat Kepayan Ridge, Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, suspek berusia 40-an mendakwa menemui ibunya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di atas katil sebaik pulang ke rumah.

Lelaki terbabit juga mendakwa menemui kain pada leher ibunya yang dijadikan tali, kononnya dipercayai bagi membunuh diri.

Susulan itu, suspek yang juga anak bongsu mangsa meminta bantuan kakak iparnya untuk menghantar ibunya ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) menggunakan kenderaan jiran mereka, namun doktor kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Suspek membuat laporan polis pada hari yang sama.

Menurut sumber, hasil proses bedah siasat ke atas mangsa semalam didapati punca kematian dipercayai akibat kesan daripada tekanan kuat pada leher dan bukan disebabkan bunuh diri.

"Berikutan itu, suspek ditahan semalam untuk membantu siasatan," katanya.

Sumber berkata, suspek belum berkahwin dan hanya tinggal berdua bersama ibunya di rumah berkenaan, manakala mangsa yang dijaga suspek sejak sembilan tahun lalu dikatakan menghidap pelbagai penyakit.

"Mangsa dikatakan sering memarahi suspek kerana tertekan dengan penyakit dialaminya dan suspek pula dipercayai tertekan menjaga ibunya," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber HM