(Video) 'Menteri Pertahanan pun kartun' - Diperlekeh Najib, ini respon Mat Sabu

(Video) 'Menteri Pertahanan pun kartun' - Diperlekeh Najib, ini respon Mat Sabu - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk (Video) 'Menteri Pertahanan pun kartun' - Diperlekeh Najib, ini respon Mat Sabu, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : (Video) 'Menteri Pertahanan pun kartun' - Diperlekeh Najib, ini respon Mat Sabu
Link Artikel/Video : (Video) 'Menteri Pertahanan pun kartun' - Diperlekeh Najib, ini respon Mat Sabu

Baca juga


(Video) 'Menteri Pertahanan pun kartun' - Diperlekeh Najib, ini respon Mat Sabu


Sudahlah Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di bawah pimpinan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, ditambah pula namanya terpalit dengan pelbagai skandal yang mencemarkan imej BN, tidak menghalang bekas Presiden UMNO itu untuk membahan pemimpin Pakatan Harapan secara terbuka. 

Dalam laporan Free Malaysia Today baru-baru ini, Najib memperlekehkan perlantikan dan kelayakan Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan, di hadapan hadirin dalam sebuah program BN di Sungai Kandis. 

"Menteri Pertahanan pun kartun. Pakai (topi) beret pun macam kartun, naik kapal perang cakap nak buat kari ikan. 

"Awak ini menteri pertahanan, cakap pasal dasar pertahanan negara, jangan cakap nak buat kari ikan. Ini bukan taraf menteri pertahanan, ini joker, ini kartun," katanya.


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu bagaimanapun enggan melayan kenyataan Najib yang mempersendakannya itu dan mencabar Najib membuat kenyataan yang sama di Dewan Rakyat. Malah katanya, kenyataan Najib itu umpama tumbuk bawah pusat dan tidak budiman (pengecut). 
"Komen di luar saya tak mahu jawablah. Saya nak jawab (kalau) komen dalam parlimen. Kalau komen di luar, itu orang kata tumbuk di bawah pusatlah (pengecut). Macam tu tak gentleman lah. Marilah komen dalam ni," katanya.


Mohamad berkata, masih terlalu awal untuk beliau membuat komen mengenai kemampuannya sebagai menteri pertahanan.

"Saya baru dua bulan jadi (menteri), nak menilai seseorang yang dua bulan itu, belum tiba masanya.

"Tumpuan saya pada kementerian pertahanan, waktu saya habis masa saya di situ. Soal menilai, tunggu dan lihat," katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen turut tampil mempertahankan Mohamad dan menyelar tindakan Najib yang dianggap tidak sedar diri.