1MDB dakwa kapal Mewah Equanimity milik mereka

1MDB dakwa kapal Mewah Equanimity milik mereka - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 1MDB dakwa kapal Mewah Equanimity milik mereka, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 1MDB dakwa kapal Mewah Equanimity milik mereka
Link Artikel/Video : 1MDB dakwa kapal Mewah Equanimity milik mereka

Baca juga


1MDB dakwa kapal Mewah Equanimity milik mereka

KLANG - Kapal mewah Equanimity yang selamat berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang di sini hari ini tidak boleh digerakkan tanpa sebarang arahan daripada Mahkamah Tinggi Malaya.

Wakil pasukan peguam yang mewakili syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), S. Sitpah bagaimanapun berkata, tempoh masa untuk kapal itu berlabuh di terminal ini tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung pada siasatan.

Beliau berkata, permohonan waran bagi penahanan kapal mewah itu dibuat oleh empat pihak, 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Global Investment dan kerajaan Malaysia.

"Waran penahanan itu dibuat berikutan 1MDB mendakwa bahawa kapal Equanimity adalah milik mereka.

"Mereka mendakwa bahawa wang milik syarikat pelaburan itu (1MDB) telah disalahgunakan untuk membeli kapal berkenaan (Equanimity)," katanya ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan ke atas kapal mewah itu.

Sitpah berkata, seramai 16 orang terlibat dalam pemeriksaan tersebut termasuk daripada pasukan peguam, jurugambar dan Jabatan Peguam Negara.

"Kita telah selesai menampal waran pada bahagian kapal tersebut.

"Kapal berada dalam keadaan baik, kesemua 17 krew juga berada dalam keadaan baik," katanya.

Terdahulu kapal tersebut selamat berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 1 petang.

Kapal tersebut melakukan pelayaran kira-kira 20 jam selepas berlepas dari perairan Batam, Indonesia pukul 4.45 petang dengan diiringi sebuah Kapal Diraja (KD) Jebat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama tiga kapal pasukan Polis Marin iaitu PT2, PA45 dan PA9.

Kapal itu sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia berhubung siasatan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal berkenaan kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semasa kunjungannya ke negara berkenaan Jun lalu.

Dr. Mahathir dalam kenyataannya melalui akaun Facebook miliknya semalam menzahirkan penghargaan kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan pihak berkuasa Indonesia kerana menyerahkan kapal mewah Equanimity kepada Malaysia.

Sementara itu, ketibaan kapal tersebut mendapat liputan meluas dengan kehadiran kira-kira 50 petugas media daripada pelbagai agensi yang telah menunggu di Terminal Boustead Cruise Center sejak pukul 10 pagi.

Sumber- K! ONLINE