Apabila tauke ketum mendengki

Apabila tauke ketum mendengki - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Apabila tauke ketum mendengki, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Apabila tauke ketum mendengki
Link Artikel/Video : Apabila tauke ketum mendengki

Baca juga


Apabila tauke ketum mendengki

BENGANG kerana tempat pemprosesan air ketum miliknya diserbu polis dalam satu operasi khas sekitar Padang Besar, Selasa lalu seorang lelaki turut mendedahkan maklumat mengenai tempat pesaingnya.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, dalam operasi selama dua hari itu, enam lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 45 tahun dipercayai pengedar air ketum ditahan di beberapa lokasi.

Katanya, pada serbuan pertama pada 31 Julai lalu, polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Guar Musang, sebelum menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai aktif memproses dan mengedar air ketum di sekitar kawasan terbabit.

“Ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit sedang leka memasak air ketum dan gagal melarikan diri.

“Bengang tempat perniagaannya diserbu, suspek membocorkan tempat pemprosesan pesaingnya yang turut beroperasi di sekitar daerah sama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, hari ini.

Muhamad Halim berkata, susulan maklumat terbabit, polis menyerbu empat buah rumah sebelum menahan lima lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 29 tahun yang sibuk memasak dan membungkus air ketum.

“Serbuan selama dua hari itu, menyaksikan sebanyak 414 liter cecair ketum, 38 kilogram daun ketum dan 19.9 liter cecair ubat batuk yang bernilai lebih RM8,000 dirampas.

“Semua suspek kini direman empat hari sehingga 4 Ogos ini mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.

Sumber HM