Bapa pasung anak

Bapa pasung anak - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Bapa pasung anak, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Bapa pasung anak
Link Artikel/Video : Bapa pasung anak

Baca juga


Bapa pasung anak

Seorang budak lelaki diselamatkan selepas ditemui dalam keadaan bogel dan diikat pada rangka katil di sebuah rumah di kampung Zhaofan di wilayah Henan, tengah China.

Kanak-kanak itu dilaporkan terlalu degil dan sering lari dari rumah menyebabkan bapanya mengambil langkah mengikat anaknya pada rangka katil kayu supaya dia duduk diam.

Mail Online melaporkan, kanak-kanak berkenaan diselamatkan apabila penduduk kampung melihat budak itu diikat pada katil dan terus menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Ketika diselamatkan, kanak-kanak itu tidak boleh bergerak kerana diikat dengan tujuh tali pada tangan, leher, paha dan buku lali.

Dua lagi budak lelaki dipercayai adik mangsa juga ditemui dalam keadaan bogel bersama kanak-kanak itu.

Stesen televisyen Shangcheng TV melaporkan, kanak-kanak itu dikenali sebagai Liu dan dia sering lari dari rumah dan tidak pulang selama beberapa hari.

Ibu kanak-kanak itu memberitahu, anaknya mengalami masalah mental dan dia tidak dapat menjaga anaknya dengan sempurna kerana terlalu miskin.

Kerana tiada pilihan bapanya memutuskan untuk mengikat kanak-kanak itu supaya dia tidak melarikan diri daripada rumah.

Polis hanya memberi amaran kepada bapa mangsa dan kanak-kanak itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan diserahkan kepada datuknya untuk dijaga.

Selepas kisah mengenai kanak-kanak itu tular, pihak berkuasa daerah menghulurkan bantuan bulanan 1,000 yuan (RM593) kepada keluarga miskin berkenaan.

Sumber HM