Belanja kahwin cecah RM20,000

Belanja kahwin cecah RM20,000 - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Belanja kahwin cecah RM20,000, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Others, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Belanja kahwin cecah RM20,000
Link Artikel/Video : Belanja kahwin cecah RM20,000

Baca juga


Belanja kahwin cecah RM20,000

 KOS perkahwinan yang tinggi menyebabkan ramai orang bujang masih belum mampu berkahwin. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Satu laporan kajian mendedahkan masalah kewangan merupakan salah satu sebab hampir 600,000 orang bujang yang berusia 30 tahun hingga 49 tahun di negara ini masih belum berkahwin.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima pada 2014 itu mendapati, rata-rata orang bujang tidak mampu menyediakan kos perbelanjaan me­langsungkan perkahwinan yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM20,000.

Menurut laporan itu, golo­ngan bujang hanya mampu menyediakan RM14,000 untuk perbelanjaan perkahwinan meliputi barang hantaran, cincin, baju serta persalinan, jamuan makan, pe­lamin, kad kahwin, kos fotografi dan lain-lain.

“Anggaran purata perbelanjaan yang mampu disediakan oleh lelaki dan perempuan adalah tidak jauh berbeza masing-masing sebanyak RM14,000 dan RM13,000.

“Sementara itu, anggaran purata perbelanjaan mi­nimum perkahwinan yang diperlukan untuk sesebuah perkahwinan adalah lebih kurang RM20,000,” kata laporan itu.

Sumber Kosmo