Berpura-pura tanam mayat 'bayi'

Berpura-pura tanam mayat 'bayi' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Berpura-pura tanam mayat 'bayi', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Berpura-pura tanam mayat 'bayi'
Link Artikel/Video : Berpura-pura tanam mayat 'bayi'

Baca juga


Berpura-pura tanam mayat 'bayi'

Patung yang dipakaikan baju bayi ditemui dalam keranda. - Foto Matt Roper Brazil

TEGUCIGALPA - HONDURAS. Seorang wanita sanggup berpura-pura mengandung lalu mendakwa ‘bayinya' meninggal dunia semata-mata kerana tidak mahu pasangannya ‘angkat kaki’ meninggalkannya.

Rosa Castellanos Diaz dari El Coyolar turut mengadakan majlis pengebumian untuk 'bayinya' tetapi hal sebenar terbongkar apabila anak patung plastik ditemui dalam keranda.

Wanita tersebut dikatakan meyakinkan rakan dan keluarga mengenai kehamilannya malah mendakwa bayi yang dikandungnya adalah kembar.

Diaz menaiki bas ke Honduras, Jumaat minggu lalu kononnya untuk melahirkan anak di Hospital Escuela namun pada malam sama memaklumkan teman lelakinya, Melvin Mendoza bahawa salah seorang kembar terbabit meninggal dunia.

Rosa pulang keesokan hari membawa keranda putih kecil tetapi tidak membenarkan sesiapa membuka kotak berkenaan sepanjang majlis pengebumian berlangsung.

Apabila disoal sanak saudara, wanita itu mendakwa seorang lagi anak mereka dijaga pihak hospital.

Beberapa rakan Mendoza yang curiga dengan cerita wanita itu bertindak menggali kubur berkenaan.

“Semua kelihatan tidak kena, jadi pada malam itu juga kami ke perkuburan menggali kubur anaknya. Alangkah terkejutnya apabila mendapati ia hanya patung yang dipakaikan baju bayi”, "kata rakan Mendoza, Ismael Mejia kepada akhbar El Heraldo.

Keranda terbabit kemudian dibawa ke balai polis dan dikatakan Melvin tidak berhasrat mendakwa Diaz berhubung penipuannya itu. - Dailymail

Sumber SH