'Bertemu tak bermakna semua setuju'

'Bertemu tak bermakna semua setuju' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Bertemu tak bermakna semua setuju', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Bertemu tak bermakna semua setuju'
Link Artikel/Video : 'Bertemu tak bermakna semua setuju'

Baca juga


'Bertemu tak bermakna semua setuju'

ULASAN | Merujuk kepada pertemuan saya bersama aktivis transgender Nisha Ayub semalam, ingin saya tegaskan bahawa pertemuan itu tidak bermakna saya setuju dengan semua yang diperjuangkan mahupun mengiyakan perbuatan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Nisha telah menghubungi saya sendiri untuk mengadakan pertemuan dan saya menerima kehadirannya dengan ikhlas memandangkan isu berkaitan transgender perlu diselami serta difahami, khususnya yang berkaitan dengan peranan institusi agama bagi menangani fenomena ini.

Nisha turut menegaskan beliau bukan ikon bagi komuniti LGBT sebaliknya hanya seorang aktivis yang memperjuangkan nasib golongan mak nyah yang sering disisihkan serta memberi galakan agar mereka keluar daripada 'industri seks'.

Pada pertemuan semalam juga, tiada langsung isu berkaitan hak sama rata melibatkan perkahwinan sama jantina dibangkitkan.

Pertemuan itu lebih kepada perbincangan bagaimana untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah serta mengatasi masalah mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan beribadat secara khusus.

Berhubung isu gambarnya digantung dan diturunkan di pameran fotografi Georgetown, Nisha berkata beliau tidak dimaklumkan bahawa gambarnya digunakan dalam pameran tersebut.

Malah beliau juga memberitahu beliau tidak kisah tentang penurunan gambar berkenaan.

Apa yang paling utama ketika ini ialah, kita perlu hapuskan budaya benci dan diskriminasi kepada komuniti tersebut terutama di tempat kerja mahupun di tempat-tempat awam.

Kita tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih dalam menjalankan kerja-kerja dakwah malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya untuk menyakiti manusia yang lain.

Hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA adalah menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama). Artikel ini pandangan peribadi penulis
Sumber MK