BR1M: PM cakap tak serupa bikin

BR1M: PM cakap tak serupa bikin - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk BR1M: PM cakap tak serupa bikin, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : BR1M: PM cakap tak serupa bikin
Link Artikel/Video : BR1M: PM cakap tak serupa bikin

Baca juga


BR1M: PM cakap tak serupa bikin

KUALA LUMPUR - Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau Bantuan Sara Hidup akan dikurangkan sebelum dihapuskan menunjukkan kerajaan PH tiada ketetapan dan tidak pernah konsisten.

Exco Pemuda Umno, Shahrul Nasrun Kamaruddin berkata, pengumuman terbaru itu juga menunjukkan Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ‘cakap tidak serupa bikin’.

Ini kerana, katanya, pada 15 Januari 2017, Dr Mahathir mengatakan BR1M dikekalkan sekiranya PH menguasai Putrajaya malah terkandung dalam Manifesto PH.

“BR1M adalah bantuan bersasar bertujuan untuk menampung dan meringankan beban perbelanjaan isi rumah terutama golongan B40 yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup. Bagi golongan pertengahan atau yang bergaji besar, BR1M mungkin tidak seberapa.

“Namun, bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti golongan nelayan, petani dan penoreh getah BR1M merupakan sumber penambahan kepada pendapatan mereka. Langkah mahu menghapuskan BR1M menunjukkan kerajaan PH gagal memahami isu dan permasalahan yang sedang menghimpit rakyat ketika ini iaitu isu kos sara hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Dr Mahathir jangan berdalih dengan mengatakan BR1M membuatkan rakyat akan bersikap 'manja' atau malas dan hidup bergantung 'tongkat' kerajaan.

“BR1M adalah seperti bantuan-bantuan lain disalurkan kerajaan kepada rakyat seperti bantuan khas atau bonus penjawat awam di musim perayaan atau bonus akhir tahun.

“Akui sahaja pengumuman mengurangkan dan seterusnya menghapuskan BR1M kerana kerajaan bakal kekurangan pendapatan kesan daripada pemansuhan GST yang menyebabkan negara kehilangan berpuluh bilion,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kerajaan PH agar tidak terus menzalimi rakyat dengan memansuhkan bantuan-bantuan rakyat yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.

“BR1M atau apa pun nama kerajaan PH ingin perkenalkan wajar dikekalkan dan perlu penambahbaikan untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah terbela.

“Sekiranya BR1M dihapuskan tatkala isu kos sara hidup masih lagi menghimpit rakyat, ia membuktikan kerajaan PH di bawah kepimpinan Dr Mahathir gagal menjuarai isu-isu rakyat berbanding kerajaan terdahulu,” katanya. – Bernama

Sumber SH