Crocs tutup kilang, kedai kasut

Crocs tutup kilang, kedai kasut - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Crocs tutup kilang, kedai kasut, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Crocs tutup kilang, kedai kasut
Link Artikel/Video : Crocs tutup kilang, kedai kasut

Baca juga


Crocs tutup kilang, kedai kasut

COLORADO, Amerika Syarikat – Syarikat kasut jenama terkemuka dunia, Crocs mengumumkan mengenai penutupan dua kilang pengeluaran produk syarikat itu pada Rabu lalu, menurut portal MailOnline.

Syarikat itu berkata, sebuah kilang di Mexico dan satu lagi di Itali terpaksa ditutup bagi mengehadkan pengeluaran kasut jenama itu di luar negara selain strategi meningkatkan semula keuntungan.

Pengumuman langkah itu dibuat selepas Crocs bertindak menutup 28 daripada 558 butik kasut itu di seluruh dunia.

Malah, syarikat berkenaan turut berhasrat untuk menutup 132 daripada 539 premis berkenaan menjelang akhir 2018. Bagaimanapun, firma itu tidak mendedahkan secara spesifik mengenai lokasi atau negara yang bakal terlibat.

Crocs berkata, jangkaan perolehan bagi tahun 2018 sekitar AS$1.02 bi­lion (RM4.16 bilion) kurang berbanding anggaran awal AS$1.05 bilion (RM4.3 bilion). Syarikat itu juga mengalami kemerosotan nilai saham.

Ketidakseimbangan syarikat turut mendorong Ketua Pegawai Kewangan Crocs, Carrie Teffner membuat keputusan untuk meletak jawatan berkuat kuasa 1 April tahun hadapan. – Agensi

Sumber Kosmo