Dikecam Netizen, Ini Respons Mengejutkan 'Gadis Jeng Jeng Jeng'! Terbaik...

Dikecam Netizen, Ini Respons Mengejutkan 'Gadis Jeng Jeng Jeng'! Terbaik... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dikecam Netizen, Ini Respons Mengejutkan 'Gadis Jeng Jeng Jeng'! Terbaik..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Semasa, Info Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dikecam Netizen, Ini Respons Mengejutkan 'Gadis Jeng Jeng Jeng'! Terbaik...
Link Artikel/Video : Dikecam Netizen, Ini Respons Mengejutkan 'Gadis Jeng Jeng Jeng'! Terbaik...

Baca juga


Dikecam Netizen, Ini Respons Mengejutkan 'Gadis Jeng Jeng Jeng'! Terbaik...

KUALA LUMPUR: Bakat baharu, Nurul Syuhada Mohamad A'zi tidak terasa hati apabila gaya tarian uniknya ketika mempromosikan persembahan teater lakonannya, Kembang Layarku dipersenda selepas ia tular, baru-baru ini.

Sentiasa mengambil pendekatan positif terhadap isu itu, Syuhada, 25, yang digelar Gadis Jeng Jeng Jeng juga tidak menyangka rakaman itu mendapat lebih sejuta perkongsian, sedangkan persembahan itu sudah dipentaskan bulan lalu.

"Pelik juga mengapa baru sekarang video itu menjadi bualan, sedangkan persembahan teater itu sudah tamat. Biasalah apabila tular, ramai yang memberikan pelbagai pendapat, termasuk komen negatif.

“Saya hanya ambil pendekatan positif dan komen buruk saya tidak baca. Saya tahu ada yang mencemuh dan menganggap persembahan itu mengarut, mungkin tidak faham kerana mereka tidak menonton keseluruhan pementasan,” katanya.

Syuhada bersama dua rakannya, Iellyas Fietrie, Fathi Radzi dan Raihan MJ yang juga anak didik pelakon berkarakter, Fauziah Nawi , baru-baru ini mendapat perhatian apabila aksi persembahan mereka dianggap pelik dan mengarut.

Video yang dikongsi di laman sosial itu turut disunting dengan pelbagai susunan muzik yang lucu, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi.

Namun kata Syuhada, dia tidak perlu berkecil hati dan menganggapnya sebagai ruang untuk memperkenalkan diri sebagai pelakon yang serius.

"Ia adalah teater pertama lakonan saya dan saya mahu terus mencari peluang dalam bidang seni kerana minat yang mendalam.

"Saya harap, isu yang tular ini menjadi ‘salam perkenalan’ untuk saya memulakan langkah sebagai pelakon. Terima kasih kepada Fauziah Nawi yang mengasah bakat saya menerusi produksi terbitan Sanggar Teater Fauziah Nawi atau Stefani," katanya.

Sumber BH