Dipancing dengan online game, kanak-kanak lelaki dirogol 100 kali

Dipancing dengan online game, kanak-kanak lelaki dirogol 100 kali - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dipancing dengan online game, kanak-kanak lelaki dirogol 100 kali, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Global, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dipancing dengan online game, kanak-kanak lelaki dirogol 100 kali
Link Artikel/Video : Dipancing dengan online game, kanak-kanak lelaki dirogol 100 kali

Baca juga


Dipancing dengan online game, kanak-kanak lelaki dirogol 100 kali

GREATER MANCHESTER: Hajat ingin belajar bermain video game bertukar tragedi buat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Hyde, Greater Manchester, United Kingdom.

Ini kerana dia menjadi mangsa nafsu serakah seorang lelaki yang bertindak merogolnya lebih 100 kali sejak tahun 2003 hingga 2007.

Perbuatan seks luar tabii itu dilakukan Anwar Ali, 33, dengan ‘memancing’ mangsa bermain permainan video di dalam biliknya.

Mangsa yang masih naif hanya menurut permintaan suspek sehinggalah suspek bertindak di luar batasan dan memperlakukan mangsa sebagai alat pemuas nafsunya.

Tindakan suspek hanya dilaporkan tahun lalu oleh mangsa yang kini menderita tidak dapat tidur malam dan mengalami trauma ekoran kejadian itu.

Antara lain, mangsa juga menderita penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD) dan sekiranya disentuh seseorang, mangsa bertindak membersihkan kulitnya sehingga menjadi kemerah-merahan.

Anwar dijatuhi hukuman penjara 21 tahun setelah disabitkan dengan beberapa pertuduhan melibatkan penderaan seksual terhadap kanak-kanak bawah 12 tahun.

Ketika melakukan serbuan di rumah suspek, polis turut menemukan gambar kanak-kanak dalam komputer riba miliknya.

-gambar hiasan-
Sumber AA