Jho Low BIADAP! Memang Padu Bila Peguam Bidas Kenyataan Jho Low...

Jho Low BIADAP! Memang Padu Bila Peguam Bidas Kenyataan Jho Low... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Jho Low BIADAP! Memang Padu Bila Peguam Bidas Kenyataan Jho Low..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Jho Low BIADAP! Memang Padu Bila Peguam Bidas Kenyataan Jho Low...
Link Artikel/Video : Jho Low BIADAP! Memang Padu Bila Peguam Bidas Kenyataan Jho Low...

Baca juga


Jho Low BIADAP! Memang Padu Bila Peguam Bidas Kenyataan Jho Low...

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho ditempelak agar menghentikan tohmahan jahat dan palsu terhadap kerajaan yang akan hanya menambahkan lagi kemarahan rakyat berhubung isu kapal Equanimity.

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata individu buruan pihak berkuasa yang lebih dikenali sebagai Jho Low itu hanya tahu membuktikan kebaculannya atas kegagalan menuntut ‘hak’nya yang berada dalam bidang kuasa Malaysia.

Mohamed Haniff dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini berkata, jika benar segala tuduhan Jho Low, mengapa kerajaan Amerika Syarikat (AS) tidak membantah berhubung pelepasan sita kapal Equanimity oleh kerajaan Indonesia kepada Malaysia.

“Sejak kemasukan kapal mewah itu ke perairan negara lebih 11 hari lalu, tidak ada mana-mana protes rasmi yang didaftarkan oleh AS atau Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kepada Malaysia ataupun Wisma Putra.

“Maka secara langsung, AS sememangnya tiada bantahan langsung berhubung pelepasan tahanan kapal Equanimity oleh kerajaan Indonesia kepada kerajaan Malaysia,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah lebih baik Jho Low terus membisu dan bersembunyi setakat mana beliau mampu.

“Sembunyilah sehingga “tangan penguatkuasaan perundangan” memberkasnya kelak daripada menambahkan lagi kemarahan rakyat Malaysia dengan membuat kenyataan palsu, mengelirukan dan biadap terhadap Perdana Menteri dan Peguam Negara dengan menggelarkan mereka penipu,” katanya.

Beliau mengulas laporan media hari ini yang menyebut Jho Low menyifatkan pemfailan terbaru DoJ dalam kes pemilikan kapal Equanimity sebagai bukti Dr Mahathir berbohong dalam isu pemindahan kapal Equanimity dari Indonesia ke Malaysia.

Dia membuat kenyataan itu menerusi peguamnya, yang dihantar melalui firma perhubungan awam Australia, Wells Haslem Mayhew dan dilaporkan sebuah portal berita tempatan sebaik saja DoJ mengemukakan pemfailan terbaru sebagai maklum balas kepada Equanimity Ltd yang menuntut pemilikan kapal layar Equanimity.

Sebelum ini, DoJ mendakwa bahawa kapal Equanimity dibeli oleh Jho Low menggunakan wang yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Namun, Jho Low menafikan dakwaan penyelewengan itu biarpun dia dikehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia, Singapura, AS serta beberapa negara lain yang turut menyiasat mengenai 1MDB.

Sumber BH