"Kenapa kau panjat tiang lampu isyarat?'

"Kenapa kau panjat tiang lampu isyarat?' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk "Kenapa kau panjat tiang lampu isyarat?', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : "Kenapa kau panjat tiang lampu isyarat?'
Link Artikel/Video : "Kenapa kau panjat tiang lampu isyarat?'

Baca juga


"Kenapa kau panjat tiang lampu isyarat?'

LALUAN trafik di Jalan Tanjung Batu, di Bintulu, sesak teruk kira-kira sejam, gara-gara seorang lelaki memanjat lampu isyarat di jalan itu, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, lelaki berusia 20-an itu tiba-tiba mengejutkan orang ramai apabila memanjat tiang lampu isyarat berkenaan.

Menurut sumber, lelaki terbabit sebelum itu dilihat menyeberangi jalan sambil menjawab panggilan telefon.

Katanya, sejurus sampai di kawasan lampu isyarat, dia secara tiba-tiba memanjat tiang lampu isyarat berkenaan.

“Tindakan pelik lelaki ini yang memanjat tiang lampu isyarat dan berdiri atasnya mengganggu aliran trafik apabila ramai memperlahankan kenderaan kerana ingin melihat kelakuannya.

“Keadaan ini menyebabkan jalan raya berkenaan mengalami kesesakan teruk namun saya tidak pasti kenapa lelaki itu bertindak demikian,” katanya.

Sumber itu berkata, bimbang kejadian buruk berlaku, orang ramai menghubungi polis memaklumkan kejadian itu..

“Selepas hampir setengah jam dipujuk oleh polis, lelaki berkenaan turun dari tiang dan dia kemudian ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber HM