Tajuk : Kerjasama UMNO-PAS, petunjuk dari Tuhan - Annuar
Link Artikel/Video : Kerjasama UMNO-PAS, petunjuk dari Tuhan - Annuar
Kerjasama UMNO-PAS, petunjuk dari Tuhan - Annuar
TAN Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan di Pentas Bicara Rakyat dalam kempen Pilihanraya Kecil N49 Dun Sungai Kandis di Batu 7, Jalan Kebun. - Roslin Mat Tahir
SHAH ALAM: Kerjasama yang terjalin antara UMNO dan PAS boleh diibaratkan sebagai satu petunjuk dari Tuhan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, petunjuk positif ini hadir lantaran dua parti Melayu ini sudah bersengketa agak lama, selain masing-masing membawa haluan politik sendiri.
"UMNO bekerjasama dengan PAS. Apa salahnya kalau kami adik beradik. Mungkin ini takdir dari Allah.
"Yang jauh didekatkan...yang patah disambung. Sudah terlalu lama (bersengketa dalam politik). Mungkin (kerjasama ini) nanti akan mengubah masa depan politik negara," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ceramahnya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, di Jalan Kebun, di sini malam tadi.
Turut sama hadir, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam.
Ahli Parlimen Ketereh itu juga berkata, dalam suasana politik baharu ini, rakyat perlu menolak politik taksub, sebaliknya mengamalkan politik kebijaksanaan dalam membuat penilaian yang sewajarnya.
Katanya, beliau yakin, sikap taksub terhadap parti dan pemimpin politik tertentu bukan lagi pegangan rakyat ketika ini, sebaliknya mereka sudah memiliki kesedaran untuk bebas memilih mana-mana parti yang diinginkan atau mahu ditolak.
Menyentuh kuasa pengundi, Annuar berkata, hak dalam memilih wakil rakyat yang tepat itu harus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya kerana kesilapan mereka memilih hanya akan mengundang pelbagai masalah kepada rakyat pada masa depan.
Hari ini, katanya, rakyat sendiri boleh menyaksikan bagaimana janji-janji 100 hari oleh Pakatan Harapan (PH) tidak dilaksanakan meskipun sudah diberi mandat oleh rakyat dan berjaya membentuk kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
"Sebagai contoh, pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang nak dilaksanakan oleh kerajaan. Semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini, kira-kira 457,000 syarikat dikenakan cukai.
"Apabila SST dilaksanakan nanti, saya difahamkan hanya kira-kira 80,000 syarikat dikenakan cukai. Siapa yang dapat untung sebenarnya," katanya.
Sumber BH